Tuesday, 15 January 2013

The introduction.

Hye,

Alhamdulillah...akhirnya siap jugak blog baru Aria :) Yes, ini bukan first blog Aria. Cuma maybe blog first Aria tu macam agak gagal sikit since Aria memang jenis kalau buat kerja tak pernah nak habiskan dengan sempurna. Kebetulan sekarang pon baru masuk tahun baru. So, oleh sebab itu Aria bukak buku baru, bukak blog baru.

Untuk post yang first ni, Aria nak introduce my blog and Aria Ahmad. Sebab tu lah title pon ' The introduction' kan.

Aria Ahmad. Bukan nama sebenar. Tapi bukanlah jugak nama yang Aria kutip tepi jalan atau dalam tong sampah. Nama ni Aria dapat dari nama betul Aria. Ahmad tu pulak nama yang Aria reka. Lagipon tak macam sedap ke bunyi ARIA AHMAD ? Macam dah secocok kan?

Oh ye, gambar kat atas tepi tu gambar Aria zaman tak matang lagi. Seriously, tahun ni Aria dah 21 tahun. Dah dewasa sangat dah untuk kahwin.

Hobi Aria makan dan tidur. Tapi Aria paling suka berangan. Kalau makan, bagi 10 ringgit kat Aria mana cukup. Kalau tidur, nak kena ada katil queen size yang empuk dengan bantal keliling badan. Tapi kalau berangan, tepi jalan pon boleh. Paling best berangan time kelas time lecturer tengah mengajar.

Sekarang Aria cerita pasal blog pulak. Blog ni nama dia ' The Fantasy Life of Aria Ahmad '. Kenapa fantasy? Sebab Aria rasa Aria ni macam banyak angan-angan yang tak tau bila baru termakbul. Lagipon Aria tak banyak kawan. Lagipon siapa nak dengar angan-angan Aria Jenin? Blog ni akan jadi lebih kurang macam hati Aria. Kalau Aria geram kat somebody, Aria akan tulis apa yang Aria nak marah 'somebody' tu. Nak marah betul-betul memang tak berani lah. Sebab tu lah ' The Fantasy Life of Aria Ahmad '. Faham kan?

Setakat ni je Aria nak tulis untuk hari ini.

Sincerely,
Aria Ahmad



No comments:

Post a Comment