Monday, 2 September 2013

Dugaan atau balasan

Hye..

Yup..memang dah lame sangat i tak update entry. Ini semua sebab kemalasan yang menimpa and jugak sebab i ade bercadang nak move to a new blog. Tapi tak jadi kot..

Kenapa tetibe beena nak update blog?

The reason is i was so stress with all the dugaan atau balasan tu semua. I tak tahu lah kalau itu semua dugaan untuk i yang baik atau balasan untuk i yang jahat.

THE DUGAAN OR BALASAN YANG I HADAPI :

1. Lepas tamat exam semester akhir haritu bilamana semua orang dah berehat rehat di rumah, i terperangkap di tempat i belajar selama sebulan disebabkan latihan kereta yang tertunggak. Tapi sepatutnye 2 minggu da boleh siap. Cuma cikgu i tu konon sibuk asyik cancel latihan je!

2. Bila dah mula kerja, i diraba oleh seorang rakyat bangla yang pervert. Sampai sekarang i trauma. Pantang ada bangla usha or sengih kat i *ehem* mesti i takot and rasa seram sejuk.

3. Cinta hati i tak direstui my mom. Bagi yang dah rasa mesti tahu perasaan i kan?

4. Permohonan i untuk sambung degree ditolak! And now i am still waiting untuk keputusan rayuan tu.  Wish me luck if u did read my entry past here.

5. Akhirnya, buah hati itu telah curang dengan i. I dapat tahu bila i bukak facebook dia dan dapati gamba dia bersama perempuan lain. Ouch!!

6. Hari raya ditempat kerja. Okay tapi yang ni i tak kisah mana pon. Normal dah bagi i.

7. Laptop i hilang kene curi. Bukan setakat laptop, 2 bijik externl hard disk kesayangan yang penuh dengan korean drama, dan broadband i turut hilang. Yang tak tahan, usb fon i dengan earphone i pon die sapu sekali! Tapi kan, laptop i ade passwod, pencuri bodoh tu boleh crack ke? Broadband pulak, sim dalam broadband tu mana boleh pakai dah.

8. Harga minyak naik. I guess this dugaan or cabaran us for all malaysian. Be tough!

The last dugaan or balasan is on the way. Sama ada i dapat sambung degree atau tak, due2 dugaan or balasan. Sebab if i dapat sambung degree, i cuma ade mase 3 hari untuk prepare barang barang, duit yuran, duit minyak tol, pinjaman ptptn dan jugak untuk permohonan duit bantuan dari yayasan. Kalau i tak dapat pulak dah tentulah i sedih. Siapa yang taknak sambung belajar kan?

So tak kire lah ini semua dugaan atau balasan, i cuma berserah pada takdir. Apa yang i harap cuma one day i akan dapat hidup amn dan sejahtera. Amin.

Friday, 3 May 2013

Putus Cinta


Yikes!! Tak sangka aku akan cakap pasal benda camni. Tapi still semua orang ada side macam ni dalam diri diorang. Contoh macam korang nampak orang yang happy go lucky tu, sebenarnya jauh dalam sudut hati dia ada kesedihan yang dia je yang tahu. Tak pun kalau korang nampak orang yang pendiam tu, sebenarnye takde la pendiam mane. Maybe dia cume diam dengan korang je kot.

Okay..putus cinta ni memang pedih sangat rasa dia. Walau betapa kuat mana pon korang, korang akan kalah dengan cinta. Bila korang dah sayang dia 100% dan dah percaya dekat dia 100%, tetiba korang dapat tau dia tipu korang. Time tu memang hati korang tu rasa nak pecah. Kalau pergi hospital pon doktor tak dapat sahkan sakit ape. Sakit hati tu dah macam invisible. Dia boleh buat korang takde mood seminggu, takde selera makan, dan korang akan rasa malas. Dia boleh buat korang rasa down sangat.

Contohla kalau pon korang tak sayang dan percaya kat dia sampai 100% pon korang still akan rasa sakit jugak bila kena tipu. Dia macam asal korang dah ada rasa percaya dan sayang walau 1% pon hati tu tetap akan sakit. Paling teruk sekali, korang pon mula la nak layan lagu-lagu jiwang time-time jugak pastu feeling sensorang. Korang akan jadi camtu sampai korang dapat cari fokus baru. Contoh macam fokus kat laki lain yang lagi hensem. Takpon fokus nak kumpul duit nak beli galaxy note 2. Haha..itu idaman saya. Tapi serius lah,fon tu mahal sangat. Kalau setakat kerja sushi king, berapa bulan baru dapat beli fon tu. Tu belum lagi nak shopping baju, barang mekup,kasut…blablablah.

Okay, nampak tak? Lepas aku letak fokus aku kat fon, terus dah tak rasa sedih dah..weee:D

Sunday, 28 April 2013

Gossip Girl

Assalamualaikum.
 
Ingat tak zaman dulu-dulu bila mana kamu dan kawan kamu pernah berjanji dalam hati yang korang takkan berhenti bergosip bila nampak muka masing-masing. Especially bila mangsa korang melintas betul-betul depan korang. Tapi Aria tahu, kalau korang ni 'Gossip Girl' sejati, mangsa yang duduk 10 batu dari korang pon korang dah nampak kan? I know it. Don't lie to me..
 
Okay, the tips:
 
    1. Bila korang tengah bercerita betapa bengangnye korang dengan 'minah bunga' ni…'minah bunga' ni main kenyit mata dengan laki yang korang suka la…'minah bunga' ni pakai baju ketat nampak blablabla la…blablablah dan banyak lagi, 'Gossip Girl' korang cuma senyum,senyap dan sengih. Langsung takde ayat perkembangan dari 'Gossip Girl' korang tuh. Itu maknanye dia tak sokong ape yang korang bebel kan. Tapi sebab nak jaga hati korang, die pon senyum dan kadang-kadang tersengih macam kerang busuk.
    2. Bila awak, 'Gossip Girl' dan juga si 'minah bunga' ni berkumpul, kemain seronok lagi diorang borak-borak, bergurau senda dua orang diorang je. Awak dah jadi macam halimunan dekat situ sebab takde orang cakap dengan awak pon. Tapi don't worry. Good news sebab korang dah belajar satu ilmu baru yang dekat mana-mana pon takkan ade orang ajar ilmu 'How to be Invisible' tu.
    3. Bila mana awak dah agak anti dengan 'minah bunga' tu, 'Gossip Girl' korang pulak nampak macam makin rapat pulak dengan 'minah bunga' tu. Macam kerap lak korang dengar cerita pasal die. Cerita yang menunjukkan kemesraan terjalin ye. Bukan gosip dah. Contoh macam, "tadi kan 'minah bunga' tu tanye kenape aku garu ketiak aku..hahaha…lawak tol.ape yang nak dimalukan…blablablah" atau "adeke tadi die tanye aku kenape tangan aku bulat…hahahaha"
         
        So, bila korang dah dapat tanda-tanda macam ni dari 'Gossip Girl' korang, cuma ade 2 maksud je. Maksud pertama die dah insaf. Alhamdulillah…korang bila lagi? Maksud kedua, die cuma takde masalah dengan 'minah bunga'. Tapi die ade masalah dengan 'minah pasu bunga' dan mulut die lagi laser dari korang. Itu lak tandenye die HIPOKRIT!!!

        Thursday, 31 January 2013

        I lost my handphone :'(

        Hye,

        Aria sedih sangat. Sangat-sangat sedih sebab fon Aria yang not so smart tapi banyak experience handle Aria dah pon hilang malam semalam. Semua sebab kecuaian Aria. Stupid you Aria!! Rasa macam nak bertapa 3 bulan dalam selimut dan nangis sepuas hati.

        Ceritanya macam ni.....selasa sampai khamis semalam, Aria dan budak-budak akaun part 6 ada lawatan sambil belajar dekat KL. Kitorang pergi lawat MIA, Audit firm dan Bank Negara. MIA tu tak ingat stands for what, dan takde mood nak google. But Aria rasa korang boleh guess yang dia ada kaitan dengan accountant jugak lah kan. Selain tu kitorang ada visit i-City, Wangsa Walk, Sunway Pyramid and Sogo. Tapi takde gamba lak Aria nak tunjuk sebab fon Aria kan hilang..wuuuu!!

        Semalam ontheway balik UiTM Arau, bas berhenti dekat R&R Gurun. So, Aria dengan kawan Aria of course la wajib tuju toilet dulu. Memang Aria turun bas tu Aria cuma bawak seketul fon tu je. No purse, handbag or whatsoever. The reason Aria tak bawak all those things sebab Aria still kenyang dan handbag Aria basah sebab Aria tak tutup mineral bottle rapat-rapat. Bila keluar toilet, Aria berlenggang pulak. Aria pon terfikir, 'eh tadi macam ada pegang something,kenapa sekarang kosaong lak tangan?'. Hokay,fon tertinggal dalm toilet, takpe-takpe. Aria pon pergi balik toilet and ambik balik fon Aria. Mujur ada lagi. Lagipon Aria baru je keluar depan toilet.

         Okay, after lawatan ke toilet, kawan Aria mengidam Kfc lak. Then Aria pon ikut la dia pergi Kfc. Sebab dah kenyang, Aria cuma beli Kfc shrimp 5 ketul. Bila dapat makanan, pekerja Kfc tu tertukar shrimp Aria dengan nuget kawan Aria. Sebab kawan Aria ada beli twister, so kene lah tukar isi dalam sekali. Kitorang pon berhenti kat meja depan pintu sebab nak exchange makanan. Bila nak tukar barang, of course la apa jua barang yang ada kat tangan kena letak atas meja dulu kan? Lagipon masa tu Aria pakai baju kurung. So, no pocket or pockets.

        Lepas tu kitorang lepak-lepak tepi bas sementara nak tunggu bas bukak. Sambil-sambil tu Aria pon test suara. Part ni menarik. Tengah-tengah Aria melalak tu, Aria macam 'eh, macam mana nak nyanyi lagu embun ni? tak ingat lak. fon...dalam bas lah pulak'. Ha nampak tak nyanyuk Aria kat situ? Masa pergi toilet Aria memang ingat 'ada barang kat tangan', masa tengah melalak tak ingat pulak. Aria rasa sebab tangan dah pegang plastik Kfc, so tak perasan benda lain.

        Naik bas je terus Aria cari fon. Tapi at that time bas dah gerak jauh dah. Lagipon, ni highway la yunk. Rajin pulak diorang nak u-turn semata-mata nak ambil fon murah Aria yang entahkan ada lagi entahkan ornag dah ambik. Conclusion nya, PASRAH je la Aria oii!!!

        p/s: maaf kalau entry ni susah nak faham atau ada cacat cela. I'm not in the mood to re-read and re-edit anything. Aria cuma nak sambung tidur a.s.a.p.

        Dear,
        Aria Ahmad :(

        Thursday, 17 January 2013

        The fun of crocheting.

        Hye,

        Tau apa maksud crocheting? Crocheting ialah mengait. Knitting jugak mengait. Bezanya crocheting pakai 1 jarum or besi or kayu. Knitting pakai 2. Bagi sesetengah orang, mengait memang leceh dan nampak macam orang tua. Maybe sebab kalau tengok tv cerita omputih, diorang mengait sampai tengah malam depan bara api untuk hilangkan bosan. Kalau Malaysian style lak, diorang mengait alas meja lah, alas peti lah..macam-macam benda yang bosan.

        Even Aria pon tak suka pon benda macam tu. But nowadays, banyak sangat benda menarik dan comel yang bolah kita kait. Contohnya ::

        cute hat untuk baby yang cute

        yang ini orang besar pon boleh pakai

        crochet sandal

        cute owl pillow

        cute owl bag

        cute cat

        cute monster plushies
        cute koala
        Comel kan? Tapi tu lah, tak senang nak buat benda macam ni. Walaupun Aria suka sangat benda-benda macam ni, tapi rajin pulak lah Aria nak siapkan. Selalu memang Aria buat kerja separuh jalan. So, banyak lah jugak yang tak pernah nak siap. Tapi seriously, Aria dapat rasa perasaan yang bahagia dan bangga kalau Aria dapat siapkan satu benda yang comel. And of course Aria akan show off dekat sini.

        Sincerely,
        Aria Ahmad


        Tear drops.

        Hye,

        Harini Aria sedih sangat. Sangat-sangat lah sedih sebab tadi kena marah dengan kawan Aria. Maybe sebab Aria ni anak manja kot. Tapi bukan lah anak manja sangat. Cuma oleh kerana Aria ni anak tunggal dan mak pon mak tunggal, automatically dia akan jadi lagi rapat dari orang lain kan?

        Tapi seriously, Aria kalau stress mesti call mak nangis-nangis. Kalau gaduh dengan kawan pon nak call mak nangis-nangis. Kalau lonely tiba-tiba pon mesti call mak. Pendek kata kalau nangis je terus call mak mengadu kat mak.

        Ceritanya macam ni, Aria mengaku Aria memang pemalas dan suka sangat tangguhkan kerja. Tapi Aria dah besar la sekarang. Aria tahu lah yang mana baik yang mana buruk. Cuma peranagai yang dah disemai dari kecik tu mestilah susah nak ubah. Lagipon benda macam ni bukan boleh ubah sekelip mata. It takes time jugak kan.

        Aria tak nak cerita kenapa Aria sedih tapi rasanya macam korang dah boleh agak kan kenapa Aria nangis? Memang harini Aria pergi kelas pon tak focus, asyik termenung je terfikir apa yang dia cakap. But seriously, dia tu siapa nak marah Aria sampai macam tu sekali. Dan ini dah masuk dalam kali ketiga Aria kena marah dengan dia and ni dah kali keempat Aria nangis sebab dia buat.

        Aria memang ada soft heart dari kecik. Even kalau Aria tengok makcik-pakcik dengan atuk-nenek yang sorang-sorang dengan muka nyonyot mesti Aria rasa nak nangis. Tapi tu benda elok kan? Tak berdosa kan?

        Sincerely,
        Aria Ahmad

        Tuesday, 15 January 2013

        Daiso Charcoal Mask

        pic credit to marya hana
        Pernah tengok product ni? Aria rasa sekarang semua orang dah kenal dah product ni. Cuma orang yang tak berapa nak ada masa online macam Aria ni je yang baru tahu pasal product ni. Since Aria dah jatuh hati pandang pertama dengan blackhead yang akan melekat dekat mask ni, bila dapat je online, Aria terus Google 'Daiso charcoal mask perlis'. Oleh sebab sekarang Aria tengah belajar dekat UiTM Perlis, haruslah tambah keyword perlis tu kan. Lagipon kalau Aria dekat KL, takpayah susah-susah nak Google bagai, Aria boleh cari sendiri kat Sg. Wang or Mid Valley.

        Jenuh jugak la Aria cari. Ada yang Aria jumpa tu harga dia setiub RM30 termasuk postage!! Harga upah dia ambil sampai RM15 tuh!! Mencekik darah betul! Kalau beli dekat Daiso cuma RM5 je.

        Berkat kesabaran Aria yang tinggi, akhirnya Aria jumpa jugak orang yang ada jual Daiso Charcoal Mask ni dekat Perlis. Lepas mark up, harga dia jadi RM10. Okay lah kan? Lagi pulak, kalau dekat UiTM Perlis boleh COD (cash on delivery). Lagi satu, kalau beli 5 tiub RM45. So, 1 tiub jatuh harga RM9. So dengan gelojohnya Aria terus text orang tu yang Aria nak 5 tiub esok petang dekat blahblahblah...Boleh jual sikit dekat kawan, so takde nampak macam Aria ni tamak kan?

        Esok rasanya balik bilik je terus pakai mask ni. Memang tak nak buang masa mandi dan bukak laptop lah. Tak sabar jugak nak upload gambar blackhead Aria. Yang paling best, malam ni mesti tak dapat tidur sebab seronok sangat. Sekarang ni pon dah tak senang duduk teringat kat mask tu. Tau-tau, kejap-kejap Aria dah tersenyum lebar sorang.

        Sincerely,
        Aria Ahmad